Skip to main content

Bola Sepak

Kebangkitan luar biasa Brighton menghampakan Arsenal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nealmaupay-cropped_7d3u14v7mdyr1keo7c3wfa3pe.jpg
Kekalahan kedua berturut-turut Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tunduk 2-1 di tangan Brighton pada Sabtu seakan terus menambah derita buat The Gunners.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu sebelum ini tumpas 3-0 di tangan Manchester City dalam aksi pertama mereka sejak EPL kembali bersambung selepas tertangguh sejak Mac lalu kerana pandemik Covid-19



Bagi bekas pemain tengah Arsenal, Ray Parlour, kekalahan kepada Brighton kini pasti menambah kekecewaan peminat terhadap skuad kendalian Mikel Arteta itu.

"Arsenal memulakan aksi dengan baik tetapi sekali lagi membenarkan lawan kembali dalam permainan.

“Inilah masalah Arsenal, jika berdepan City tidak ramai memberikan harapan tetapi aksi berdepan Brighton adalah perlawanan yang wajib mereka menang.

“Kekalahan ini akan membuatkan peminat berasa kecewa kerana mereka mengharap sesuatu daripada pasukan mereka.

“Arsenal sepatutnya mengukuhkan kedudukan memburu lima tempat teratas EPL, tetapi kini kami sudah semakin ke belakang,” kata Parlour dengan nada kecewa ketika menjadi tetamu dalam siaran langsung aksi Brighton-Arsenal di saluran Astro Supersport pada Sabtu bersama Gary Stevens.

Arteta juga sekali lagi tidak menurunkan tonggak tengah, Mesut Ozil walaupun bekas pemain antarabangsa Jerman itu berada di bangku pemain simpanan.

Ia memberi gambaran Ozil adalah antara nama besar dalam skuad Arsenal yang bakal meninggalkan pasukan itu.

Aksi pada Sabtu menyaksikan Gunners mendominasi babak pertama dan mendahului menerusi Nicolas Pepe minit ke-68.

Namun tuan rumah bangkit di Stadium Komuniti American Express menerusi jaringan kapten mereka, Lewis Dunk pada minit ke-75 dan Neal Maupay pada minit kelima masa kecederaan.

Situasi makin rumit buat Arsenal apabila mereka turut kehilangan penjaga gol utama, Bernd Leno yang mengalami kecederaan dalam pertembungan dengan Maupay dalam aksi berdepan Brighton.



Namun Stevens yang juga bekas pemain Brighton dan Tottenham Hotspur tidak menyalahkan Maupay dalam insiden itu.

“Saya tidak berasa Maupay mempunyai niat mencederakan Leno, perkara seperti ini adalah lumrah dalam bola sepak dan pengadil juga tidak berasa ia satu kesalahan.

“Cuma Leno tidak bernasib baik apabila cara dia jatuh mungkin menyebabkan kecederaan yang dialaminya,” kata Stevens yang beraksi buat England di Piala Dunia 1986 Mexico.

Dalam pada itu, kemenangan ke atas Arsenal juga adalah kemenangan pertama pada tahun 2020 buat Brighton dalam saingan EPL musim ini.

Buat Stevens ia adalah kemenangan cukup penting buat The Seagulls dalam misi kekal di EPL musim depan.

“Sebelum aksi dengan Arsenal, kedudukan Brighton amat membimbangkan dengan hanya dua mata di atas zon penyingkiran.

“Mereka adalah satu-satunya pasukan dalam empat liga teratas England yang belum rakam kemenangan pada tahun ini sebelum pertemuan dengan Arsenal.

“Saya gembira bekas kelab saya ini berjaya meraih kemenangan dan ia adalah satu suntikan moral penting buat pasukan,” kata Stevens.

Brighton kini merakam 32 mata selepas 30 perlawanan untuk menghuni tangga ke-15 liga, enam mata di atas zon penyingkiran.

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 17 of 38
Sabtu, 20 Dis
08:30 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
West Ham United-team-logo West Ham United
Ahad, 21 Dis
01:30 AM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Liverpool-team-logo Liverpool
04:00 AM
Everton-team-logo Everton
Arsenal-team-logo Arsenal
04:00 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Isnin, 22 Dis
12:30 AM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Manchester United-team-logo Manchester United
Selasa, 23 Dis
04:00 AM
Fulham-team-logo Fulham
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest

Must Watch Video