Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia, Erick Thohir, mencuri tumpuan hari ini apabila berkongsikan mengenai perbincangan antara Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino, yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Antara perbincangan kedua-dua pihak itu adalah mengenai hala tuju dan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi bola sepak negara itu.
"Perbincangan Presiden Indonesia dengan Gianni (Infantino) jelas, Presiden bercakap tentang bola sepak Indonesia, bukan mengenai negara lain.
"Perbincangan mengenai bagaimana Akademi FIFA boleh berada di Indonesia sebagai sistem pembanggunan di peringkat muda. Kita perlu menghargai ketika mahukan sukan semakin maju.
"Kami ingin bola sepak Indonesia maju, badminton bagus, pencak silat mendunia. Tapi kami tidak ikut campur isu negara lain." katanya.
Erick yang juga merupakan Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) itu merupakan individu yang memacu kemajuan bola sepak Indonesia hingga mara ke pusingan keempat, Kelayakan Piala Dunia 2026.