Fernando Torres melaungkan amaran kepada Real Madrid menjelang aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, dengan menegaskan Atletico Madrid tidak gentar dengan sesiapapun.
Atleti tewas dua kali dalam tiga pertemuan berdepan Madrid dalam final Liga Juara-Juara -- kecundang menerusi penentuan sepakan penalti di Milan tahun lalu -- sementara skuad kendalian Zinedine Zidane telah mengutip empat mata daripada dua pertembungan dalam LaLiga musim ini.
Anak buah Diego Simeone ketika ini ketinggalan 10 mata di belakang Madrid, namun Torres menegaskan mereka akan bertarung habis-habisan walaupun bakal turun selaku pasukan bukan pilihan.
"Setiap kali ada sahaja pasukan pilihan -- ketika itu Barcelona adalah pasukan pilihan berbanding Chelsea dan Real Madrid akan dianggap sebagai pasukan pilihan tidak kira siapa lawan mereka," Torres bercakap di majlis Atleti Foundation, membangkitkan kisah separuh akhir 2012.
"Ia adalah motivasi terbesar kami kerana kami tahu siapa kami. Kami mampu bersaing dengan sesiapa sahaja. Kami tidak gentar. Walaupun sukar, kami yakin mampu mara ke final dengan sikap rendah diri.
"Satu saat mampu mengubah segala-galanya, jadi kami perlu bersedia. Berdepan Barcelona, saya tidak berada dalam kesebelasan utama tetapi saya menjaringkan gol penting."
Torres menyifatkan pemenang bakal ditentukan melalui siapa yang mahukan kemenangan dengan menegaskan Atletico tidak akan tertekan dengan aksi pertama yang bakal berlangsung di Santiago Bernabeu.
"Real memiliki ramai pemain bertaraf dunia di samping barisan pemain muda yang dahagakan kejayaan," tambah Torres.
"Kami bakal berdepan pasukan yang kuat tetapi sasaran utama adalah untuk ke final Liga Juara-Juara.
"Dalam tempoh beberapa tahun ini, kami sudah biasa dengan senario mencari gol penting, jadi kami tidak lagi tertekan untuk berdepan Real dalam separuh akhir."