"Kami tidak akan membelakangkan MFL dan masih menanti lampu hijau", itu reaksi Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Satwant Singh.
PBNS sudah melengkapkan proses dokumentasi hari ini dan dihantar kepada badan penganjur saingan bola sepak negara, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Satwant menjelaskan skuad Jang hanya akan kembali berlatih dengan kelulusan MFL selain menafikan bahawa pasukan itu akan mula turun padang hari ini.
Biarpun sudah menyerahkan keputusan ujian swab kepada pengelola liga, namun ada satu dokumen yang masih tertangguh daripada persatuan itu menyebabkan mereka belum dapat kembali memulakan latihan.
"Kami telah berancang untuk kembali berlatih jika diberikan kelulusan. Kami telah menghantar satu lagi permohonan dan berharap esok dapat mula berlatih," kata Satwant.
Sementara pasukan Pulau Pinang yang menjalani ujian swab lebih awal pula masih menanti keputusan dikeluarkan pada selasa serta dokumen pendaftaran stadium untuk dilampirkan.
"Kami telah memohon untuk menggunakan Stadium Batu Kawan dan kami akan maklumkan perancangan ini kepada pihak MFL," kata Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang, YB Dr. Amar Pritpal Abdullah.