BOLA SEPAK
Kami perlu salahkan diri sendiri -- Ancelotti
BAYERN MUNICH 2 BORUSSIA DORTMUND 3
Carlo Ancelotti tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya dan berasakan Bayern Munich perlu menyalahkan diri sendiri selepas tewas 3-2 di tangan Borussia Dortmund dalam separuh akhir DFB-Pokal di Allianz Arena, awal pagi tadi.
Bayern ketinggalan 1-0 pada awal perlawanan apabila Marco Reus mengambil kesempatan daripada kesilapan Javi Martinez tetapi pemain pertahanan Sepanyol itu kemudian menyamakan kedudukan sementara Mats Hummels meletakkan skuad Bavaria itu di depan sebelum rehat.
Iklan
Robert Lewandowski dan Arjen Robben melepaskan peluang keemasan untuk menambah jaringan ketiga dan Bayern terpaksa membayar harga tinggi di atas kegagalan itu apabila Pierre-Emerick Aubameyang menyamakan kedudukan, dengan Ousmane Dembele akhirnya membawa Borussia terus bernafas dalam DFB-Pokal.
"Kami sangat kecewa," kata Ancelotti, yang pasukannya gagal memenangi perlawanan buat kali kelima bulan ini.
"Pada permulaan April, perasaan kami cukup baik. Kami tidak sepatutnya tewas menentang Real Madrid tetapi kami harus mempersalahkan diri sendiri untuk ini.
"Kami tidak mengambil peluang kami.
"Kini kami perlu menjamin gelaran Bundesliga secepat yang mungkin."
David Alaba turut sama kecewa dan berpendapat Bayern mungkin akan berkembang sekiranya menjaringkan gol ketiga.
"Kami mendapat banyak peluang untuk meletakkan perlawanan kami di kedudukan selesa," kata Alaba.
"Mereka kemudian mengambil setiap peluang yang mereka ada.
"Kesilapan seperti jaringan pembukaan boleh berlaku. Kami bangkit selepas itu dan mendapat beberapa peluang untuk menjadikan kedudukan 3-1. Ia akan berakhir berbeza jika salah satu percubaan itu masuk."
Must-Watch Video