Ketua pasukan Perak, Mohd Shahrom Abd Kalam, berikrar pertemuan dengan Kedah dalam saingan Liga Superdi Ipoh, Rabu ini, sebagai misi 'balas dendam'.
"Saya harap keputusan kali ini bersama Perak. Saya dan rakan sepasukan sepakat ini misi utama kami. Kami perlu 'pecahkan ruyung'. Seladang akan mengamuk Rabu ini.
"Jika kami berjaya menewaskan Helang Merah, pasti ini momentum kemenangan yang kami cari", ujarnya.
Berbicara mengenai Kedah, ketua pasukan Perak ini tetap optimis dengan peluang pasukannya walaupun mengakui Helang Merah pasukan hebat.
"Pasti ada kelemahan. Perak tidak boleh membuat kesilapan-kesilapan yang akan menghukum diri sendiri," katanya.
Pada masa yang sama, Shahrom turut mengingatkan rakan sepasukannya.
Tegasnya, "Jangan cepat berputus-asa. Jika rasa ada buat salah, cepat perbaiki. Ingat kita ada 11 pemain, 90 minit untuk berjuang dan ribuan peminat. Tunjuk dan tingkatkan prestasi kita boleh."