LIGA INGGERIS
Kami dalam perjuangan besar -- Arteta sedar Arsenal terluka
Mikel Arteta sedar Arsenal perlu memikul tugas besar selepas tewas 1-2 kepada Everton awal pagi tadi, yang turut menyaksikan skuad The Gunners itu gagal memenangi tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut.
Arsenal akan jatuh ke tangga ke-16 liga seandainya Brighton dan Hove Albion menewaskan pasukan di tangga tercorot, Sheffield United, malam ini.
Skuad The Gunners itu hanya meraih 14 mata daripada 14 perlawanan liga musim ini dan ia merupakan rekod terburuk mereka di peringkat sama sejak musim 1974-75 (diubah menjadi tiga mata bagi setiap kemenangan).
Iklan
Skuad kendalian Arteta itu gagal merekodkan sebarang jaringan daripada permainan terbuka sepanjang lima perlawanan EPL terakhir di laman lawan.
Jaringan Nicolas Pepe dari jarak 12 ela kembali mengikat kedudukan buat Arsenal selepas Rob Holding terjaring bola ke gawang sendiri.
Bagaimanapun, tandukan Yerry Mina pada penghujung babak pertama terbukti sudah cukup untuk skuad kendalian Carlo Ancelotti itu memperoleh kemenangan ketiga berturut-turut, yang melonjakkan mereka ke tangga kedua liga.
Hari ini genap setahun Arteta dilantik sebagai pengurus Arsenal. The Gunners memenangi lebih banyak perlawanan piala (14/17) berbanding perlawanan EPL (13/34) sepanjang tempoh itu dan bekas pembantu Pep Guardiola berkenaan sedar pasukannya perlu berjuang untuk keluar daripada situasi buruk mereka.
"Tanpa melakukan banyak kesilapan, kami tewas disebabkan dua momen utama," kata Arteta, yang pasukannya hanya melakukan dua percubaan tepat di Goodison Park, kepada Sky Sports.
"Kami memberikan reaksi dengan amat baik. Kami mendominasi permainan. Kami mencipta peluang yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya tidak tewas. Kami melakukan percubaan yang terkena palang. Kami tidak bernasib baik.
"Kami dalam perjuangan yang besar. Kami tewas kepada Burnley tanpa mereka memiliki percubaan tepat dan sekarang, kami tewas kerana beberapa peluang.14 - Arsenal’s points return from 14 games this season is their worst record at this stage since the 1974-75 campaign (12 points, converted to 3/win). Desperate. pic.twitter.com/wowPbSkoXe— OptaJoe (@OptaJoe) December 19, 2020
"Amat sukar apabila anda menentang pasukan yang bertahan di bawah dan membazirkan masa. Kami menyukarkan diri sendiri dengan dibolosi gol pertama.
"Saya fikir kami melakukan 15 percubaan tetapi hanya dua percubaan tepat. Kami perlu memperbaiki prestasi, itulah realitinya. Kami perlu menghasilkan lebih banyak untuk memenangi perlawanan. Apabila ia melibatkan perincian kecil, pasukan lain lebih memahukannya.
"Pemain sememangnya sedang berjuang. Mereka terluka buat masa ini," katanya lagi.
Must-Watch Video