Skip to main content

Bola Sepak

Kalinic: Dzeko pujuk saya sertai Roma

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nikolakalinic.jpg
Nikola Kalinic mendakwa Edin Dzeko meyakinkan dirinya untuk menyertai Roma dan percaya kedua-dua penyerang itu akan membentuk gandingan yang berbisa.

Bekas pemain kebangsaan Croatia, Kalinic, melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke Stadio Olimpico selepas tiada dalam perancangan Diego Simeone di Atletico Madrid.

Pemain berusia 31 tahun itu, yang memiliki pengalaman di Itali ketika mewakili Fiorentina dan AC Milan, menjaringkan 33 gol dalam 99 penampilan Serie A.

Roma mendapatkan gandingan untuk Dzeko selepas membenarkan Patrik Schick menyertai RB Leipzig tetapi Kalinic mahu membuktikan mereka dapat digandingkan secara berkesan.

"Saya bercakap dengan Dzeko setiap hari -- dia meyakinkan saya untuk berhijrah ke Roma," kata Kalinic. "Saya berasakan dia merupakan seorang penyerang berkualiti.

"Pengendali pasukan akan membuat keputusan sama ada menurunkan satu atau dua penyerang. Saya di sini akan berlatih dengan sebaik mungkin. Saya sentiasa bersedia untuk diturunkan."

Roma membayar yuran pinjaman sebanyak EURO2 juta (RM9 juta) untuk mendapatkan Kalinic bagi musim 2019-20 dan memiliki pilihan mendapatkan khidmatnya secara tetap dengan yuran EURO9 juta (RM41 juta).

Bekas pemain Blackburn Rovers itu berharap memberikan impak bersama Roma selepas gagal menyerlah di Milan dan Madrid.

"Buat pertama kali, saya mahu menghadapi musim tanpa sebarang kecederaan kerana kurang bermain sejak dua musim lalu," katanya lagi.

"Saya mahu membantu Roma kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim depan. Jika kami dapat menampilkan permainan terbaik dalam setiap perlawanan, Roma sudah pasti mencapai sasaran."

Advertisement

Must Watch Video