Andrea Pirlo percaya Juventus mula nampak aksi terbaik Federico Chiesa berikutan penghijrahan secara pinjaman dari Fiorentina.
Pemain kebangsaan Itali, Chiesa, telah meledak enam gol dalam saingan Serie A musim ini (satu daripadanya untuk Fiorentina) semalam ketika Juve menewaskan Sampdoria 2-0 di Stadio Luigi Ferraris.
Aaron Ramsey menambah jaringan dalam masa kecederaan ketika Juve melakar tiga kemenangan berturut-turut ke atas skuad kendalian Claudio Ranieri tanpa dibolosi sebarang jaringan.
Pirlo kagum dengan impak Chiesa bersama juara bertahan itu tetapi mendesak pemain berusia 23 tahun itu menambah gol.
"Chiesa adalah pemain muda yang bergabung dengan kelab besar, menghadapi pertandingan antarabangsa untuk pertama kalinya, dan itu merupakan langkah besar baginya, jadi dia sedikit malu pada mulanya," kata Pirlo.
"Dia sudah menyesuaikan diri, mendapat kepercayaan dan banyak peningkatan.
"Bagus kerana dia menyudahkan gerakan serangan pasukan, dan dia harus melakukannya lebih kerap, memanfaatkan sebahagian besar kerana kerap melakukan larian."
Cristiano Ronaldo tidak menikmati kejayaan serupa di depan gawang, perlawanan ini menandakan buat pertama kali dia mengharungi tiga perlawanan Serie A tanpa menjaringkan gol sejak April 2019.
Pirlo, enggan terlalu kritikal terhadap pemain itu dan memujinya di sebalik sumbang dalam kedua-dua jaringan, bintang Portugal itu berjaya melakukan hantaran kepada Alvaro Morata dan Juan Cuadrado dalam proses mendapatkan jaringan.
"Ronaldo memberikan sumbangannya lagi hari ini dengan hantaran untuk kedua-dua gol, jadi yang penting pasukan menang," tambahnya.

Saturday night right ?
— JuventusFC (@juventusfcen) January 30, 2021
Show us how you're celebrating with a GIF ?#SampJuve #FinoAllaFine #ForzaJuve pic.twitter.com/R02GqoQKM2