Jurulatih sementara Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain, mahu pemainnya memberi fokus 100 peratus ketika berdepan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.
Turun dengan misi mengelak bolos, Nafuzi yang juga bekas penyerang pasukan Terengganu mengingatkan anak buahnya supaya sentiasa mengekalkan semangat berpasukan yang menjadi kekuatan utama skuad Penyu.
Beliau berkata reputasi JDT sebagai pasukan terbaik Malaysia pada saat ini perlu diakui, sekali gus menuntut pemain TFC agar menggandakan usaha serta meminimumkan kesilapan di atas padang jika mahu menang.
"Dalam mana-mana perlawanan, tekanan sentiasa ada kerana kami mahu menang. Lebih-lebih lagi, JDT adalah pasukan terbaik Malaysia.
"Tetapi ini padang kami, jadi bermainlah bermati-matian untuk mengekalkan lencana di dada," katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Mengulas lanjut, Nafuzi berkata walaupun TFC pernah menewaskan JDT dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia musim lalu dan seterusnya layak ke peringkat akhir, namun ia bukanlah kayu ukur yang membolehkan skuad Penyu berasa keadaan tenang dan selesa.
Sementara itu, pemain tengah TFC, Malik Mat Ariff, berkata walaupun di atas kertas, JDT mempunyai pelbagai kelebihan seperti barisan pemain bintang dan import berkualiti, ia bukan penghalang untuk TFC mengulangi kemenangan seperti musim lalu.
Dalam pertandingan bola sepak, katanya, tiada perkara yang mustahil dan kedua-dua pasukan mempunyai peluang cerah untuk menang jika disertakan dengan kerja keras dan strategi permainan yang betul.
"Selain itu, saya juga mohon kepada semua penyokong skuad Penyu supaya datang memberi sokongan kepada kami di stadium kerana aura penonton amat penting bagi menaikkan semangat pemain," katanya.
Sementara itu, Pegawai Media Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Haslan Hashim, berkata 2,000 tiket dijual secara atas talian di laman sesawabg stubapp.com manakala 8,000 lagi dijual di kaunter stadium dengan harga RM15 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
“Tiket perlawanan suku akhir TFC menentang JDT telah mula dijual secara atas talian petang semalam (kelmarin) manakala bagi pembelian secara fizikal pula, empat kaunter akan dibuka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin pada jam 10.30 pagi, Sabtu ini,” katanya.
-- BERNAMA