Setelah terlepas aksi setempat Borneo minggu lalu, penyerang import Sabah, Luis Carlos Junior, kini bersedia untuk diturunkan dalam saingan liga bertemu PDRM FA di Stadium Likas, Sabtu ini.
Pemain dari Brazil itu tidak diturunkan ketika skuad Tambadau membenam skuad Ngap Sayot 2-1 di Kuching tempoh hari selepas mengalami kecederaan otot paha dalam perlawanan sebelumnya.
Pengurus Sabah, Henry Soimpon, berkata Junior telah kembali menyertai sesi latihan selepas pulih dan bersedia sepenuhnya untuk diturunkan Sabtu ini.
"Kehadiran semula Junior tepat pada masanya kerana penggantinya sebelum ini, Ricco (Nigel Milus) tidak dapat disenaraikan berikutan terpaksa menjalani penggantungan perlawanan selepas mengumpul tiga kad kuning.
"Apapun, ketiadaan satu dua pemain kerana kecederaan atau menjalani penggantungan adalah perkara biasa dalam bola sepak dan kami perlu sentiasa bersiap sedia menghadapi situasi ini," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu hari ini.
Henry juga menjelaskan bahawa kecuali Ricco, semua pemain lain sedia untuk disenaraikan dan beliau percaya skuad kendalian Jelius Ating itu akan bersiap-sedia sepenuhnya menjelang pertemuan dengan PDRM.
"Suasana dalam pasukan kini cukup baik dan prestasi kami juga semakin mengingkat dalam setiap perlawanan.
"Kami agak hambar di awal musim kerana persiapan singkat dan kurang perlawanan pra-musim, namun selepas empat perlawanan, kami nampak keserasian kombinasi pemain semakin meningkat," katanya lagi.
*Kredit imej - SAFA Media Team