Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini memaklumkan bahawa 3,541 keping tiket telah terjual menjelang perlawanan skuad negara menentang Kyrgyzstan.
Harimau Malaya akan menghadapi Kyrgyztsan bagi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis ini.
Sudah pasti kehadiran 'ekor' Harimau Malaya diperlukan bagi menyemarakkan semangat skuad negara dalam usaha meraih kemenangan pertama saingan Kumpulan D.
Sebagai rekod, skuad negara seterusnya akan bertandang ke Taipei Municipal Stadium bagi perlawanan kedua menentang Taiwan berselang lima hari.