Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan hanya 4,297 tiket terjual bagi aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, yang mepertemukan skuad negara dengan Kyrgyzstan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini.
Menurut sumber Stadium Astro, penjualan perlahan itu berkemungkinan besar disebabkan faktor cuti perayaan Deepavali dan ia dijangka melonjak pada Rabu ini.
Sudah pasti kehadiran 'ekor' Harimau Malaya diperlukan bagi menyemarakkan semangat skuad negara dalam usaha meraih kemenangan pertama saingan Kumpulan D.
Sebagai rekod, skuad negara seterusnya akan bertandang ke Taipei Municipal Stadium bagi perlawanan kedua menentang Taiwan berselang lima hari.
Ayuh segera dapatkan tiket anda!