Pertahanan England, John Stones, memeterai kontrak baru selama lima tahun baru di Manchester City untuk kekal bersama juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hingga Jun 2026.
Stones berpindah ke City daripada Everton pada 2016 dengan harga £47.5 juta (RM278.34j) untuk menjadi salah seorang pemain utama yang direkrut Pep Guardiola di Stadium Etihad.
Begitupun, pemain berusia 27 tahun itu berdepan laluan berliku untuk mencapai prestasi dan kecergasan terbaik sepanjang 2019-20, lalu diketepikan di peringkat antarabangsa, malah Guardiola tidak menolak untuk melepaskan anak buahnya tersebut seandainya Eric Garcia tidak memilih untuk membatalkan kontraknya demi menyertai Barcelona dengan percuma.
Tetapi Stones kental bertahan untuk membentuk kerjasama yang mengagumkan di samping Ruben Dias untuk The Cityzens meraih gelaran liga ketiga dalam tempoh empat musim.
Pasukan kendalian Guardiola itu juga menjulang Piala Liga Inggeris (EFL) keempat berturut-turut untuk bek tengah kelahiran Barnsley tersebut meraikan gelaran kelapan sepanjang lima musimnya di Manchester.
Persembahan jitu Stones itu mendapat perhatian untuk diketengahkan jurulatih England, Gareth Southgate, apabila membawa skuad The Three Lions ke final Euro 2020.

"Tiada yang lebih bahagia daripada berita ini. Saya seronok menjadi sebahagian daripada skuad ini. Terdapat begitu ramai pemain berkualiti di sini dan saya tahu kami mampu terus memenangi trof. Ia menjadi fokus utama saya," katanya sebelum memuji pengaruh Guardiola terhadap perkembangannya.
"Bekerjasama dengan Guardiola merupakan satu impian. Dia telah banyak mengajar saya tentang permainan ini dan saya berasa seperti belajar sesuatu yang baru setiap hari.
"Kejayaan yang kami peroleh dalam empat tahun terakhir ini sangat luar biasa. Berpeluang menjadi sebahagian daripadanya merupakan impian menjadi kenyataan dan saya mahu terus menang.
"Ini adalah tempat terbaik untuk saya bermain bola sepak dan memenuhi cita-cita."
Pengarah Bola Sepak City, Txiki Begiristain, pula melabel Stones sebagai seorang pemain yang luar biasa dan pertahanan yang hebat.