Pengendali Sabah, Jelius Ating, berkata pasukannya memiliki strategi tersendiri untuk berdepan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam esok.
Katanya, perlawanan di antara dua pasukan teratas itu akan memberikan cabaran sukar buat Tambadau, namun dia yakin pasukannya mampu mengatasi JDT II jika beraksi seperti yang dirancang.
"Kami telah melihat rakaman perlawanan membabitkan JDT II untuk kenal pasti kekuatan serta kelemahan mereka dan kami ada perancangan sendiri untuk hadapi mereka.
"Ini (bertemu JDT II) satu aksi penting sebelum bertandang ke Shah Alam untuk bertemu UiTM FC minggu depan.
"Sekiranya kami dapat mencatatkan keputusan yang baik dalam dua perlawanan ini, peluang untuk menjadi juara semakin cerah," katanya.
Jelius berkata kehadiran semula kapten Tambadau, Rawilson Batuil, yang baru selesai menjalani penggantungan perlawanan, akan memperkuatkan lagi pasukan, khususnya di bahagian pertahanan.
"Tidak banyak perubahan dalam kesebelasan utama. Hanya Rawilson yang akan kembali beraksi menggantikan Maffry (Balang) manakala Azzizan (Nordin) juga mungkin akan direhatkan.
"Bagaimanapun, Maffry tetap tersenarai sebagai pemain simpanan kerana kami masih memerlukannya sekiranya berlaku kecederaan.
"Dia pemain serba boleh yang bukan saja boleh bermain di bahagian pertahanan tetapi juga di posisi tengah.
"Kami juga akan merehatkan Azzizan yang baru pulih daripada kecederaan kerana kami mahu dia cergas sepenuhnya untuk aksi akan datang," katanya.
Jelius dijangka mengekalkan Rozaimie Rohim selaku penjaga gol utama dengan dibantu empat pertahanan, Rawilson, Park Taesu, Evan Wensley Wenceslaus dan Randy Baruh Samson.
Ahmet Atayev dan Ricco Nigel Milus akan mengemudi bahagian tengah dengan dibantu Alto Linus di sayap kanan dan Jenius Karib di sebelah kiri.
Dua penyerang import, Rodoljub Paunovic dan Aguinaldo Mendes Veiga, dijangka terus menggalas tugas sebagai pemburu jaringan buat skuad Tambadau itu.