Kemenangan besar ke atas Negeri Sembilan FC malam tadi telah menyerlahkan lagi karektor dan kualiti yang dimiliki oleh pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) FC.

Atas faktor keputusan itu juga membuatkan semua jurulatih-jurulatih daripada pasukan-pasukan yang belum berhadapan dengan Harimau Selatan berkenaan pasti telah membuat analisa serta merancang strategi bagaimana untuk menghalang pergerakkan anak didik Estiban Solari tersebut apabila mereka berhadapan dengan juara sembilan kali berturut-turut Liga Super itu.


Pemain JDT bukan sahaja mempunyai teknik individu yang baik malah persefahaman dan pemahaman yang begitu tinggi tentang apa yang telah dirancang oleh jurulatih mereka.

Selain itu mereka juga mempunyai keinginan yang tinggi dalam memburu kemenangan dan lebih menarik bagaimana corak permainan yang dipamerkan setiap bahagian Harimau Selatan.





Mereka sentiasa bergerak selepas melakukan hantaran bagi mengekalkan bentuk segi tiga atau segi empat bagi mewujudkan laluan hantaran seterusnya.

Lihat sahaja bagaimana perjalanan jaringan ketiga, keempat, keenam dan ketujuh apabila mereka bermain melalui bahagian tengah berbanding mencari bahagian sayap kerana dari bahagian tengah itu, mereka cepat sampai ke hadapan gol lawan.




Ini menyebabkan pemain-pemain Negeri Sembilan agak sukar untuk mengawal pergerakkan mereka, apatah lagi dengan kesegeraan ketika melakukan pertukaran arah serangan baik melalui hantaran bola leret atau pun tinggi.

Ia membolehkan ramai pemain-pemain juara bertahan Liga Super itu boleh mencipta nama sebagai penjaring gol.

Secara keseluruhannya bukan sahaja elemen-elemen yang dinyatakan tadi tetapi faktor yang paling besar atas kemenangan dengan Hobin Jang Hobin itu ialah disiplin yang tinggi baik ketika bertahan dan menyerang.

Ini yang berjaya diterapkan oleh Estaban Solari itu walaupun mereka sedang mendahului tapi perlu tetap menggekalkan corak permainan terutama dalam menggekalkan betuk di setiap bahagian supaya tidak terputus ruang yang besar di antara setiap bahagian dan bergerak secara berpasukan.

Atas faktor ini juga pasukan kendalian jurulatih dari Argentina itu tidak dibolosi dari tiga perlawanan yang dilalui setakat ini.