Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shariman Zaharudin, melaungkan jika dia dipilih sebagai presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang kongres depan.
Perkara utama yang mahu dilakukan Megat D Shariman adalah memastikan dalang di sebalik isu tujuh pemain tidak sah yang mendapat perhatian dunia itu diheret ke muka pengadilan.
Advertisement
Semua individu yang terlibat perlu bertanggungjawab dan itu bakal menjadi misi pertamanya sebaik kerusi panas tampuk utama FAM menjadi miliknya.
"Saya bukan syok sendiri. Ia mengenai untuk penstrukturan FAM.
"Siapa yang perlu merosakkannya, yang menjahanamkannya dan buat perkara yang tidak sepatutnya -- perlu jawab kepada umum. (Ini) duit rakyat, hak peminat.
"Mari kita menghukum mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Semua itu kawan-kawan tapi tak boleh nak tolong supaya tidak bersalah," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Perubahan yang diharapkan tidak akan berlaku seandainya muka lama terus diberi peluang.
Lantas, Megat D. Shariman mengharapkan agar ahli gabungan FAM lebih bijak dalam memilih watak cukup penting ini, supaya perubahan yang diharapkan mampu berlaku sepenuhnya.
"Kalau kekalkan orang dan acuan yang sama, ke longkang jualah kita.
"Rakyat yang kena pilihan dan ahli gabungan kena pilih.
"Ini masanya untuk ubah, perkukuhkan apa yang perlu," katanya.