Skip to main content

Berita Sukan Am

VSC: Ke arah lahirkan lebih ramai atlet kebangsaan dalam kalangan penuntut

j

Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dr Hanafiah Ayub, percaya penganjuran Varsity Sports Championship (VSC) akan terus menjadi platform terbaik bagi melahirkan lebih ramai atlet berkualiti.

Keutamaan pihak KPT adalah untuk memastikan setiap atlet yang bersaing di pentas VSC diberikan ruang sama rata untuk membuktikan kemampuan masing-masing untuk peluang mewakili negara di peringkat antarabangsa.

Advertisement

Bagi penganjuran edisi kedua VSC ini, sebanyak enam acara sukan di bawah kluster sirkit atau liga bakal dipertandingkan melibatkan sukan bola sepak, futsal, olahraga, sepak takraw, renang, dan memanah di samping kluster Borneo membabitkan sukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Sabah dan Sarawak.

Untuk rekod, edisi tahun lalu menyaksikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara keseluruhan dengan kutipan 433 mata selepas mendominasi sembilan daripada 22 acara yang dipertandingkan.

"Kami ingin 30 peratus pelajar mewakili negara.

 

 

 

"Sebelum ini ada SUKIPT (Sukan IPT) tapi hanya dilaksanakan dua tahun sekali. Jadi IPT mula sedar mereka perlu ada program sistematik.

"Kami ingin melihat lebih banyak kualiti iaitu lebih banyak rekod dipecahkan dan lebih ramai atlet mewakili negara.

"Kami yakin VSC edisi kedua ini membuktikan bahawa kami berada di landasan yang betul," katanya.

 

 

Must Watch Video