Skip to main content

Bola Sepak

JDT sah ke final, belasah Perak 8-1 di separuh akhir kedua

bergson.jpg
Johor Darul Ta'zim mengesahkan slot ke final Piala Malaysia 2023 selepas menyempurnakan aksi separuh akhir keduanya ke atas Perak dengan kemenangan besar secara agregat 12-2.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, JDT yang sudah berbekal dengan kelebihan tiga gol dalam aksi separuh akhir pertama yang lalu membuka tirai jaringan awal pada minit ke-12 menerusi jaringan Arif Aiman.

Bergson dan Haberty kemudianya meledakkan dua lagi gol sebelum menutup aksi babak pertama dengan kedudukan 3-0.

Memasuki babak kedua giliran Fernando Forestieri pula turut mencetak nama selaku penjaring dengan gol ke empat tuan rumah pada minit ke-53.

Tujuh minit berselang, bergson sekali lagi merobek gawang Perak buat kali ke lima untuk terus melebarkan jurang jaringan.

Keghairahan tuan rumah meledak jaringan demi jaringan tidak pernah terhenti apabila pemain gantian Syafiq Ahmad terus melengkapkan malam derita perak dengan jaringan ke-6 perlawanan ketika hanya dua minit berselang.

Tidak puas dengan jaringan tersebut Syafiq sekali lagi memastikan gawang Perak bolos buat kali ke tujuh pada minit ke-77.

Heberty sempat mencuri ruang di penghujung babak perlawanan untuk melengkapkan malam gemilang JDT dengan gol ke-8 tuan rumah.

Jaringan saguhati oleh Firdaus Fuad di masa tambahan selepas itu tidak dapat mengubah apa-apa untuk JDT menutup aksi separuh akhir dengan pesta gol 8-1.

Dengan kemenangan itu JDT kini bakal menanti pertarungan antara Terengganu dan KL City yang akan turun bermain di Gong Badak malam ini untuk mengiringi mereka ke pentas final.
 
 

Advertisement

Must Watch Video