LIGA SUPER MSIA
JDT bangkit dengan kemenangan
PULAU PINANG 1 JDT 2
Johor Darul Ta’zim (JDT) bangkit daripada kekecewaan tersingkir dalam suku akhir Piala FA untuk mengukuhkan kedudukan di persada liga setelah mencatat kemenangan 2-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Negeri, Batu Kawan, malam ini.
Saingan sengit ditampilkan kedua-dua pasukan sebaik wisel dibunyikan, namun JDT lebih banyak melancarkan serangan dan seawal minit kelima, Gonzalo Cabrera berjaya membuka tirai jaringan.
Iklan
Tersentak, Pulau Pinang mempamerkan permainan yang agresif dengan misi menyamakan kedudukan, namun percubaan mereka berjaya dinafikan benteng pertahanan JDT.
Sebaliknya, JDT yang berjaya menggandakan jaringan, kali ini giliran Azamuddin Akil pula memainkan peranan dalam memberi kelebihan kepada pasukan pelawat.
Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan terus mengasak ke kubu pertahanan pelawat dan akhirnya berjaya mengurangkan defisit jaringan apabila Rafiudin Rodin menyempurnakan jaringan menerusi sepakan penalti.
Bersambung dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan cuba mengatur pergerakan untuk mencari gol tetapi segalanya serba tidak menjadi.
Di penghujung perlawanan, Safiq Rahim memiliki peluang terbaik bagi menambah jaringan buat pasukan pelawat, namun sepakan percumanya sekadar melewati palang gol.
Keputusan lain:
SARAWAK 0 KELANTAN 0
MELAKA UNITED 2 PKNS 2
PAHANG 1 FELDA UNITED 1
PERAK 1 KEDAH 1
T-TEAM 1 SELANGOR 0
Kredit imej: Johor Southern Tigers
Must-Watch Video