Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, enggan anak buahnya terpedaya dengan 'barisan kedua' Jordan apabila menegaskan lawan dibarisi pemain yang mempunyai kekuatan seimbang menjelang pertemuan kedua-dua pasukan Jumaat ini.
Cheng Hoe memberi peringatan itu kepada anak buahnya berdasarkan reputasi hebat Jordan selaku pasukan di ranking ke-99 dunia.
Malah, lawan juga menyerlah dalam kempen awal Piala Asia 2019 apabila mengetepikan Australia untuk muncul juara kumpulan.
Justeru, Cheng Hoe menganggap tiada istilah 'barisan kedua' buat Jordan walaupun menyedari situasi itu perlu dimanfaatkan anak buahnya.
"Saya telah melihat mereka beraksi dalam Piala Asia dan beberapa siri perlawanan sebelum ini, mereka adalah pasukan yang seimbang. Perkara paling penting untuk kami adalah memberikan tumpuan sepanjang permainan," katanya.
Terdahulu, skuad negara menjalani latihan hari ketiga menjelang aksi persahabatan antarabangsa bertemu Jordan di Bukit Jalil, Jumaat ini.
Tumpuan antara lain turut terarah kepada Shahrel Fikri Md Fauzi selepas penyerang utama negara itu dilanda kontroversi ketika ini.
Ia susulan tindakannya memadamkan gambarnya bersama pasukan Perak di laman media sosialnya dipercayai kerana kurang peluang beraksi musim ini.
"Saya ingin menasihatkan kepada pemain, masa yang singkat untuk mendapatkan keserasian dan mengetepikan isu selain daripada memastikan kemenangan untuk pasukan," kata Cheng Hoe.
Sementara itu, pengurus skuad negara, Datuk Wira Yusoff Mahadi, menyuarakan kelegaan apabila Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memberi jaminan keselamatan buat penyokong Harimau Malaya ke Jakarta.
Ia dicapai hasil daripada mesyuarat kedua antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan PSSI di Jakarta hari ini menerusi pelan keselamatan yang komprehensif buat penyokong pelawat dalam perlawanan itu nanti.
"PSSI dan Polis Indonesia memberikan jaminan bagi memastikan keselamatan skuad negara dan kami yakin insiden yang tidak diingini dapat dielakkan," kata Yusoff.