Skip to main content

Bola Sepak

Jangan ganggu pemain AMD, NFDP -- Shapawi

nfdp_1.jpg
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, melarang sebarang gangguan melibatkan kontrak untuk pemain daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).

Selagi seseorang pemain itu masih bergelar pemain AMD dan NFDP, Shapawi mengharapkan pengertian semua kelab dan persatuan bola sepak dalam Liga Malaysia agar tidak tergesa-gesa mendapatkan khidmat nama yang terlibat.

Ia hanya mengganggu program dan keperluan pemain muda sebelum mereka benar-benar bersedia dengan situasi lebih besar dalam saingan liga.

Shapawi juga menegaskan biarlah pemain AMD dan NFDP mendapatkan pendedahan penuh terlebih dahulu dan tidak mahu gangguan daripada pihak luar mengganggu tumpuan mereka dengan tanggungjawab yang digalas ketika ini. 

"Kami amat harapkan tiada usaha daripada mana-mana kelab bagi mendapatkan pemain yang masih dalam proses pembentukan, iaitu pada usia tujuh hingga 17 tahun. Sebaiknya mereka tunggu sehingga 17 tahun sebelum memberikan apa-apa tawaran," katanya.

Dalam masa sama, tiada jalan mudah untuk mana-mana kelab dan persatuan yang berhasrat untuk mendapatkan pemain AMD serta NFDP kerana MSN dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah menetapkan syarat yang perlu dipatuhi.

"Ada beberapa latihan yang terpaksa dikeluarkan atau dipertimbangkan sekiranya ada kelab yang mendapatkan pemain daripada akademi-akademi ini," ujar Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Advertisement

Must Watch Video