Jaringan sulung di pentas Liga Super ketika seri 1-1 dengan Melaka United, 23 Mei lalu, membuat penyerang muda PKNS FC, Jafri Firdaus Chew, dibuai rasa yakin bahawa dia boleh mempamerkan potensi sebenar selepas sering kali dikritik di atas persembahan kurang konsisten.
Jafri meledak salah satu gol paling menarik dalam kariernya melalui percubaan dari luar kotak penalti ketika membantu PKNS meraih satu mata menentang Melaka di Stadium Hang Jebat.
Penyerang bawah 23 tahun itu berkata dia bersyukur akhirnya mampu berada dalam senarai penjaring dan menganggap bukan mudah untuk diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan.
"Persaingan dalam pasukan memang sengit sebab ramai lagi pemain berkualiti. Bagi gol itu, saya memang rancang untuk merembat kerana ramai berada di situ. Alhamdulillah, ia masuk," ujarnya.
Jelasnya, dia sudah melupakan detik pahit ketika bersama Pulau Pinang dua musim lalu apabila gagal memenuhi harapan tinggi peminat kepada dirinya.
Telah banyak belajar daripada pengalaman itu, Jafri berharap PKNS mampu memenuhi potensinya sambil berbangga dapat mempelajari banyak perkara daripada jurulatih, Datuk K. Rajagobal.
"Tekanan sama, cuma di Pulau Pinang saya tidak bernasib baik. Saya tidak boleh lakukan apa yang selalu saya buat.
"Alhamdulillah, sejak tiba di PKNS, saya dapat banyak belajar daripada jurulatih, Rajagobal, Safee Sali dan ramai lagi pemain berpenalaman," katanya lagi.