LIGUE 1
Jadual padat akan bunuh pemain -- Tuchel berang senarai kecederaan PSG makin panjang
Thomas Tuchel memberikan amaran bahawa jadual padat musim ini akan "membunuh pemain" selepas Paris Saint-Germain (PSG) kehilangan khidmat tiga lagi pemain sewaktu terikat tanpa jaringan dengan Lille dalam perlawanan Ligue 1 awal pagi tadi.
Sebelum perlawanan menentang pencabar kejuaraan itu di Stade Pierre-Mauroy, Tuchel sudahpun menghadapi masalah kecederaan kritikal dengan Neymar dan Mauro Icardi antara pemain bintang yang terpaksa diketepikan.
Kylian Mbappe juga tidak cukup cergas dan hanya dibenarkan untuk dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan pada hari ulang tahunnya yang ke-22 itu dan juara bertahan berkenaan terlepas peluang memintas kedudukan teratas.
Iklan
Yang terbaru, PSG kehilangan khidmat Presnel Kimpembe, Alessandro Florenzi dan Layvin Kurzawa dan mereka berkemungkinan terpaksa menurunkan skuad tempang menjelang perlawanan menentang Strasbourg., Rabu ini.
Tuchel meluahkan kekecewaannya terhadap jadual padat itu selepas perlawanan yang menyaksikan PSG ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, Lille, dan pasukan di tangga kedua, Lyon.
Selepas merekodkan keputusan seri tanpa jaringan pertama sejak mengambil alih PSG, Tuchel berkata kepada Telefoot: "Anda sudah tahu pandangan saya, kita akan membunuh pemain.
"Kami dibenarkan untuk beraksi pada jam 9.00 (malam). Kami kurang waktu untuk makan, tidur, pulih tetapi ia akan berterusan seperti itu.
"Hari ini, kami telah kehilangan Neymar, Kylian, Mauro, Juan (Bernat). Adakah Kami terkejut? Tidak. Sekarang tiga lagi pemain cedera. Tahniah," katanya.
0 - Paris have conceded their first 0-0 draw in Ligue 1 since May 2018 against Caen. It’s the first time PSG were involved in a goalless game in the top-flight under Thomas Tuchel management (81 games). Harmless.#LOSCPSG pic.twitter.com/ymlKczMSJ0— OptaJean (@OptaJean) December 20, 2020
Must-Watch Video