"Kerisauan paling utama ialah masalah boleh berlaku bagi jangka masa panjang."
Proses menandatangani pemain warisan semakin menjadi trend semasa buat semua pasukan atau negara serata dunia bukan hanya melibatkan bola sepak.
Kebimbangan itu disuarakan bekas pemain Persib Bandung, Sergio van Dijk, yang melihat perkembangan terkini skuad Indonesia yang dipenuhi pemain kacukan di setiap posisi.
Satu usaha positif yang dilakukan Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) yang diketuai presiden, Erick Thohir, demi mencapai sasaran yang ditetapkan.
Hasilnya, Sang Garuda kini berebut slot untuk ke Piala Dunia 2026 ketika sedang beraksi dalam pusingan ketiga kelayakan selepas berjaya menempah tiket secara merit ke Piala Asia 2027.
Perubahan skuad kendalian Patrick Kluivert itu bagi memberi saingan bertemu gergasi bola sepak dunia, namun masih terdapat kepincangan terutamanya melibatkan projek jangka masa panjang.
"Pemain tempatan bakal hilang tempat sepenuhnya kerana kekurangan tumpuan untuk diberi peluang mewakili negara.
"Apa akan terjadi dengan masa depan Indonesia?
"Adakah harapan kanak-kanak untuk menjadi pemain kebangsaan masih ada?" soalnya.
Bekas pemain Indonesia itu turut menyeru pihak terlibat mempertimbangkan usaha lain yang memberi tumpuan khusus kepada program pembangunan melibatkan kematangan pemain tempatan.
Van Dijk yang memiliki lima penampilan termasuk pemain naturalisasi yang pernah bermain seperti, Raphael Maitimo, Irfan Bachdim dan Stefano Lilipaly merupakan antara yang terawal didaftarkan sebagai tonggak Indonesia, sebelum ini.
Kini, keseluruhan skuad dibanjiri pemain warisan Belanda-Indonesia yang mempunyai hubungan erat.
Panggilan pertama legenda Oranje itu mengakibatkan nama besar seperti kepercayaaan Shin Tae-yong sebelum ini, Asnawi Mangkualam, Witan Salaeman, Yakob Sayuri dan Egy Maulana Vikri, tersisih daripada pasukan.
"Sememangya perlukan rancangan untuk membangunkan bola sepak yang berkualiti di sini.
"Walaupun memiliki bakat tetapi tiada cara untuk meningkatkan mutu pemain. Mungkin salah satu sebabnya adalah Indonesia terlalu besar," tambahnya.
Van Dijk bagaimanapun, berdoa supaya Indonesia berhasil menewaskan Bahrain di Stadium Utama Gelora Bung Karno dan mencipta sejarah baru dalam kejohanan berprestij itu.

"??? ??? ???? ????, ? ????? ???? ????? ?? ?? ?????."
— The Asian Game (@TheAsianGame) March 20, 2025
Indonesia's naturalisation push has them on the cusp of qualifying for the FIFA World Cup.
So why is a former star striker concerned?
? @PaulWilliams_85https://t.co/fbZQ9NWB8v