Skip to main content

Bola Sepak

Izham Tarmizi sokong kewujudan program Harimau Muda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izham-tarmizi.jpg
Jika Harimau Muda masih wujud, bagi bekas penjaga gol kebangsaan, Izham Tarmizi Roslan, keadaannya mungkin berbeza. 

Keserasian pemain dalam pasukan lebih ampuh jika sesebuah pasukan ada masa bersama dalam tempoh masa yang panjang.

Nyata situasi itu tidak berlaku dalam skuad kendalian Nafuzi, apabila persediaan ke Piala Mandiri ASEAN B-23 di Jakarta, hanya kurang dya minggu sahaja.

Kini pilihan yang ada pada pemain B-23 dilihat terhad.

"Saya sokong penubuhan Harimau Muda sebelum ini. 



"Pemain dapat berkumpul untuk membina keserasian," katanya.  

Sekiranya seseorang pemain itu beraksi dalam Liga Super sekalipun, peluang untuk mendapatkan minit permainan pula mungkin terhad. 

Dan, ada kerja tambahan buat barisan kejurulatihan B-23 di bawah kendalian Nafuzi Zain, yang wajib memantau perkembangan pemain di pentas Liga A1 Semi-Pro dan dijangka lebih meriah persaingannya.

"Ambil minit permainan dan serlahkan kemampuan dalam Liga A1 Semi-Pro.

"Yang penting adalah minit permainan. Pemain harus mendorong diri sendiri biarpun di tahap yang berbeza," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video