Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menyifatkan hukuman penggantungan setahun yang dikenakan oleh badan induk dunia FIFA terhadap tujuh pemain warisan negara sebagai "bermotifkan politik'.
Menerusi laman Instagram Baginda, Tunku Ismail berkata: "FIFA meneruskan hukuman kepada pemain-pemain ini dengan alasan menyalahi Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dan penipuan dokumen, sedangkan tiada satu pun terpakai kepada pemain ini.
"FIFA terus menghukum pemain dengan tidak menggunakan peruntukan sebenar undang-undang, sedangkan Artikel 22 dalam kod FIFA menyatakan bahawa hanya mereka yang memalsukan atau menggunakan dokumen palsu boleh dikenakan tindakan, dan perkara itu langsung tidak terpakai kepada para pemain.
"Dengan kata lain, hukuman yang dikenakan ini tidak berasaskan undang-undang dan kelihatan seperti lebih bersifat ‘bermotifkan politik’ berbanding sebab yang sebenar.
"Ada yang memilih untuk menuding jari, ada yang memilih untuk membuat bising, tetapi saya pilih untuk berdiri dan menyokong perjuangan berhabis-habisan demi para pemain, yang kini akan diteruskan ke Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) — sebuah badan bebas." katanya.
Kenyataan Tunku Ismail susulan keputusan Jawatankuasa Rayuan FIFA malam tadi, yang mengekalkan hukuman terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh orang pemain.
FAM diperintahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (RM1.9 juta) kepada FIFA, manakala setiap pemain dikenakan denda CHF2,000 (anggaran RM10,800) membabitkan Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

50% OFF Nike Mercurial Superfly
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Beli Sekarang