Tekad PKNP FC untuk mempertahankan rekod tanpa kalah di halaman sendiri berhasil apabila berjaya menewaskan Kedah 1-0 dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Ipoh malam tadi sekalipun terkeluar daripada saingan dengan agregat 6-2.
Menurut ketua jurulatihnya, Abu Bakar Fadzim, PKNP menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah dengan sebaik mungkin untuk menafikan ancaman berbahaya Lang Merah.
"Kali ini hampir kesemua kesebelasan utama dapat diturunkan. Kami sedar untuk mengurangkan defisit ketika tewas di Alor Setar itu misi sukar, jadi dapat menang tidak kira berapa jaringan, sudah memadai".
Tambahnya lagi, "Kemenangan ini juga sebagai pembakar semangat untuk kami terus berjuang dalam Liga Perdana dan Piala Malaysia".
Sementara itu, ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, nyata gusar dengan perkembangan pasukannya.
"Secara dasarnya, pemain mengikut segala perancangan, terutama pada separuh masa kedua. Cuma, bezanya kami gagal menjaringkan gol. Banyak peluang jaringan yang dipersiakan.
"Terus terang, kami mahu menang perlawanan ini walaupun sebelum perlawanan berlangsung, Kedah telah mendahului 6-1 secara agregat. Pemain perlukan suntikan semangat sebab tiga perlawanan sebelumnya kami tidak mencipta sebarang kemenangan," katanya.