Simone Inzaghi sah meninggalkan naib juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Inter Milan, dan dijangka akan menyertai kelab gergasi Arab Saudi, Al Hilal.
Inter tewas 0-5 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam final UCL hujung minggu lalu, yang merupakan kekalahan terbesar dalam sejarah satu aksi final kejohanan peringkat Eropah.
Kekalahan itu menutup musim suram Nerazzurri, biarpun pada satu ketika meerka kelihatan mampu memenangi kejuaraan 'treble' musim ini.
Mereka tersingkir dalam separuh akhir Coppa Italia kepada seteru setempat, AC Milan, dan kehilangan gelaran Serie A dalam perlawanan terakhir liga, hanya kekurangan satu mata di belakang Napoli.
Selepas final UCL, Presiden Inter, Giuseppe Marotta, menegaskan bahawa keputusan dalam perlawanan itu tidak menjejaskan kedudukan Inzaghi dan pengurusan tertinggi kelab itu akan mengadakan pertemuan untuk membincangkan masa depan ketua jurulatih itu.
Bagaimanapun, laporan media-media barat mendakwa Inzaghi lebih memilih untuk ke Arab Saudi, di mana Al-Hilal sedang mencari pengendali berprofil tinggi menjelang saingan Piala Dunia Kelab.
Lewat malam tadi, Inter mengesahkan bahawa Inzaghi telah meninggalkan pasukan itu secara persetujuan bersama.
Sebagai rekod, Inzaghi meninggalkan Inter setelah memenangi satu gelaran Serie A, dua kejuaraan Coppa Italia dan tiga trofi Supercoppa Italiana. Dia turut membawa Nerazzurri ke final UCl sebanyak dua kali.