BOLA SEPAK
Inter perlu cepat belajar, segera bangkit -- Lukaku
Romelu Lukaku berharap Inter cepat belajar selepas bergelut mendapatkan aksi konsisiten sepanjang 90 minti di sebalik berada di tempat kedua Serie A dan mara ke suku akhir Coppa Italia.
Lukaku menanduk masuk jaringan dalam masa tambahan untuk mengatasi Fiorentina 2-1 semalam, jaringan yang ke-119.
Aksi dominasn dalam 45 minit pertama dipamerkan The Nerazzurri dihasilkan menerusi lapan percubaan berbanding satu yang dilakukan Fiorentina, sementara mengawal bola 56.6 peratus.
Iklan
Tetapi Christian Kouame menyamakan kedudukan selepas 57 minit dan melakukan sembilan percubaan berbanding enam oleh Inter.
Kemenangan ini menyaksikan mereka bertemu Milan dalam suku akhir.
Di sebalik kemenangan itu, aksi hambar dipamerkan Inter membimbangkan Lukaku.
"Saya tidak pasti apa yang berlaku,," kata Lukaku. "Ia perkara yang sama berlakuk ketika seri dengan Roma dan ia tidak seharusnya terjadi namun kami berjaya menang hari ini.
"Kami masih muda, perlu belajar dan meningkat naik."
7 - Inter have been qualified for the quarter-finals in all the last seven editions of the Coppa Italia: in the period, also in 2017/18 they progressed from extra time, against Pordenone. Certainty.#FiorentinaInter— OptaPaolo (@OptaPaolo) January 13, 2021
Must-Watch Video