Inter Miami menderita kekalahan keenam berturut-turut dalam Persidangan Timur, Liga Bolasepak Utama (MLS) selepas dimalukan 1-3 dalam kunjungan ke New England Revolution, pagi tadi.
New England selesa 3-0 di depan menerusi jaringan Carles Gil dalam separuh masa pertama disusuli ledakan Matt Polster dan Bobby Wood sebelum gol sagu hati Josef Martinez menyusul.
Justeru, Inter pastinya mengharapkan keajaiban Lionel Messi untuk membawa mereka keluar dari tangga tercorot tetapi ketua pasukan Argentina itu masih mempunyai kontrak dengan Paris Saint-Germain (PSG) hingga hujung bulan ini.
Messi memberi impak besar sejak pengumuman ke Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan populariti kancah MLS mengatasi kejohanan NBA, NFL, NHL mahupun MLB dalam sekelip mata.

First time in club history four @InterMiamiAcad products are in the Starting XI. ✨The future is bright✨ pic.twitter.com/BQvtaolxT6
— Inter Miami CF (@InterMiamiCF) June 11, 2023