LIGA INGGERIS
Inter mahu dapatkan khidmat Conte musim hadapan
Pengurus Chelsea, Antonio Conte, berkata beliau tidak terkejut mendengar khabar angin melibatkan dirinya untuk mengambil alih Inter musim hadapan.
Bekas pengendali Juventus itu dilihat sebagai tajuk utama di Itali kerana menjadi sasaran utama Inter musim hadapan, dalam usaha untuk memperbaiki semula pasukan dan kembali menjadi kuasa besar Serie A.
Bagaimanapun, Conte berkata ia bukan sesuatu yang luar biasa mengaitkan dirinya untuk kembali ke Serie A, di mana beliau memenangi tiga gelaran sebagai pemain dan tiga kali sebagai jurulatih Juve.
Iklan
Beliau menegaskan tumpuannya untuk membawa Chelsea menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kembali bersaing dalam Liga Juara-Juara (UCL).
"Saya gembira di London. Saya tidak menggemari khabar angin mengenai perkara ini.
"Saya masih memiliki kontrak selama dua musim di Chelsea.
"Saya tidak memahami mengapa saya dikaitkan dengan Inter. Saya pernah berada di Itali dan kini mahu saya kembali ke sana.
"Tetapi ia sudah menjadi kebiasaan buat saya. Tetapi saya memilih untuk memberikan fokus kepada Chelsea untuk menamatkan musim ini dengan baik.
"Ia adalah perkara yang penting buat kami meraih tiga mata penuh dan mencapai sasaran kami. Di awal musim ini, layak ke UCL adalah sasaran utama. Kami perlu bersaing di Eropah setiap musim.
Conte menolak cadangan bahawa Andrea Pirlo berkemungkinan akan menyertai Chelsea sebagai jurulatih musim hadapan sambil menegaskan bekas pemain Juve dan AC Milan itu masih belum bersedia untuk bersara sebagai pemain bola sepak.
"Pirlo masih beraksi buat pasukannya di Amerika Syarikat. Buat masa ini, dia tidak mempunyai perancangan untuk bersara."
Must-Watch Video