Skip to main content

Bola Sepak

Inter kekal dalam kalangan elit Eropah

inter.jpg
Presiden Inter Milan, Steven Zhang, percaya kancah Serie A dan lebih-lebih lagi Inter sekali lagi mampu menempatkan diri dalam kalangan pasukan elit. 

Zhang percaya senario bola sepak dunia termasuk di Asia menghangatkan lagi sukan ini di seluruh dunia tetapi percaya Nerazzurri sedang meniti landasan untuk kejuaraan Scudetto ke-20 dan mencabar Liga Juara-Juara selepas muncul finalis musim lalu. 

“Musim ini kami juga menyedari bahawa cita-cita kami tidak terhenti di sini. Jalan yang mesti kami tempuhi bersama-sama berada di depan kami,” kata presiden berusia 31 tahun itu. 

“Musim panas lalu menyaksikan tiga pasukan Itali bersaing dalam perlawanan akhir Eropah hingga menimbulkan slogan ‘Calcio is Back!’. 

"Kelab bola sepak Itali mempunyai potensi yang besar dan segala usaha diperlukan untuk merealisasikannya.


 

“Kami berdepan saingan kuat daripada pesaing lama dan baru. Kami perlu berdepan dengan perkembangan mendadak Liga Pro Saudi dan pada masa yang sama menguruskan persaingan kewangan dengan liga besar Eropah seperti Liga Perdana Inggeris.

“Saya berbangga kerana telah mengemudi Inter ke arah yang positif di samping kesemua kakitangan dan pemain kami. Inter kembali menjadi salah sebuah kelab terkemuka di Eropah yang mewakili berjuta-juta peminat di seluruh dunia.

“Kemenangan sentiasa menjadi keutamaan kami. 

"Kami akan berjuang untuk mendapatkan trofi kedua itu buat peminat kami dan untuk melakar sejarah kelab ini untuk selama-lamanya.”

Advertisement

Must Watch Video