Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, meletakkan sasaran untuk Kuala Lumpur (KL) City berada di kelompok tiga pasukan terbaik saingan Liga Super 2025/26.
Katanya, pihak pengurusan memberi kepercayaan penuh kepada kemampuan pengendali baru kelahiran Bosnia Herzegovina, Risto Vidakovic, untuk memacu The City Boys merealisasikan hasrat tersebut.
Pihak pengurusan kelab bersetuju untuk menandatangani Risto selaku ketua jurulatih atas faktor pengalaman luas yang dimiliki pengendali berusia 56 itu yang turut pernah berkhidmat bersama Melaka United pada musim 2022.
Syed Yazid turut berharap dengan kehadiran beberapa pemain berpengalaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) antaranya Safawi Rasid, Syamer Kutty Abba serta Manuel Hidalgo mampu untuk membantu skuad Warga Kota muncul sebagai antara pencabar utama saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim akan datang.
"Kami menyokong Risto sebagai jurulatih baharu selepas meneliti perbincangan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa (Exco) KLFA yang mengemukakan lima pencalonan jurulatih lain.
"Petunjuk prestasi utama (KPI) untuk KL City adalah tempat ketiga terbaik.
"Insya-Allah mampu dicapai dengan ketua jurulatih yang pernah membimbing salah satu kelab di Malaysia," katanya di Nadi Arena.
Dia yang ditemui oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, KL City bakal membawa masuk seorang pertahanan import dari Ukraine serta seorang penyerang kelahiran Brazil bagi memperkuatkan pasukan.
Antara nama yang disebut bakal menjadi rekrut terbaru pasukan yang berpengkalan di Cheras itu ialah bekas penyerang import Sabah, Joao Pedro Boeira Duarte.

✨ Musim baharu, cabaran baharu!
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 21, 2025
? 13 pasukan telah bersedia menggegarkan Liga Super 2025-2026! ??️
Liga Super 2025-2026 bakal dimeriahkan dengan kehadiran dua wakil dari AFL A1, Melaka FC dan Imigresen FC serta kelab dari Brunei ??, DPMM FC!
#LigaSuper2025-26 pic.twitter.com/v4TC6q292L