Andres Iniesta yakin bekas rakan sepasukannya, Ivan Rakitic, mahu kekal di Camp Nou walaupun dikaitkan dengan Paris Saint-Germain (PSG), Inter Milan dan Manchester United.
Bintang Croatia, Rakitic, telah berkelana di Barca selama lima musim sejak melengkapkan perpindahan daripada Sevilla pada 2014 dan menjadi kunci utama buat kelab itu, dengan melakukan sekurang-kurangnya 32 penampilan LaLiga dalam setiap musim.
Walaupun pengendali pasukan menghargai sumbangan Rakitic, sesetengah peminat mempersoalkan sama ada pemain berusia 31 tahun itu masih relevan dengan Barca atau tidak.
Namun, walaupun United, Inter dan PSG dilaporkan berminat, Iniesta yakin bekas rakan gandingannya di bahagian tengah itu tidak bercadang untuk berpindah.
"Saya tidak tahu jika dia tidak boleh dijual tetapi saya tahu dia gembira dan mahu kekal di Barca," katanya.
"Saya harap dia boleh kekal terus beraksi seperti sebelum ini. Saya akan gembira untuknya."
Pemain yang dikaitkan untuk kembali ke Barca adalah Neymar, seorang lagi bekas rakan sepasukan Iniesta di Camp Nou.
Bintang PSG itu kini disahkan oleh kelabnya bahawa dia boleh berhijrah dengan nilai yang ditetapkan dan Iniesta teruja untuk melihat tonggak Brazil itu kembali ke juara Sepanyol itu.
"Banyak kali saya sudah katakan, bagi saya, sebagai seorang pemain, dia adalah antara yang terbaik," tambahnya.
"Sama ada kehadirannya memberi kebaikan atau keburukan, ia sesuatu yang kelab perlu hadapi.
"Mereka adalah satu pertimbangan dalam pengurusan sukan tetapi sebagai seorang pemain, dia antara yang terbaik."