Andres Iniesta enggan terus meratapi kegagalan Barcelona dalam kempen Liga Juara-Juara kerana dia mahu mengalihkan perhatian kepada pertembungan dengan Real Madrid dan mengekalkan gelaran LaLiga.
Selepas seri tanpa jaringan di laman sendiri dengan Juventus, ini bermakna Barcelona tersingkir di peringkat suku akhir secara agregat 3-0.
Tidak ada ulangan kebangkitan Barca di Camp Nou seperti mana ketika mereka menafikan Paris Saint-Germain (PSG) dalam pusingan 16, dengan Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar berjaya dirantai oleh kelab Itali itu.
Walaupun kecewa, ketua pasukan itu berkata tumpuan Barca kini adalah untuk menewaskan pendahulu LaLiga, Los Blancos, di Santiago Bernabeu dengan Barca selaku juara bertahan tercicir tiga mata.
"Kami tidak berkesan di depan gol seperti kebiasaannya, itu yang menjadi punca kekalahan kami," kata Iniesta.
"Ia satu kekecewaan tersingkir daripada Liga Juara-Juara tetapi memenangi liga bergantung kepada keputusan di Bernabeu dan itulah hasrat kami."
Rakan sepasukannya, Sergi Roberto -- yang menjaringkan gol kemenangan dramatik ke atas PSG dalam pusingan sebelum ini ketika kelab gergasi Sepanyol itu memadamkan defisit empat gol -- berkata: "Penyokong berada di belakang kami sehingga saat-saat akhir.
"Seperti pemain lain, kami memerlukan sokongan mereka untuk mempamerkan kebangkitan. Kami berterima kasih di atas sokongan mereka dan kami telah berjuang sehingga akhir permainan.
"Kami mencipta banyak peluang tetapi tidak ada yang menjadi. Jika tidak, kami pasti mara.
"Kami kecewa. Kami perlu menjadi kritikal dan melihat kesilapan serta mendekati akhir musim ini dengan pendekatan terbaik. Kami masih mempunyai kempen liga dan Copa del Rey.
"Setiap perlawanan akan menjadi penentu."