Perlawanan akhir Piala Mandiri ASEAN B-23 menyaksikan Vietnam berjaya menyerap tekanan asakan Indonesia untuk muncul juara buat kali ketiga berturut-turut di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.
Skuad Vietnam B-23 di bawah kendalian Kim Sang Sik berjaya menumpaskan skuad Garuda Muda dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Nguyen Cong Phuong pada minit ke 33 perlawanan.
Namun apa yang lebih mencuri tumpuan, penolong jurulatih skuad Garuda Muda dilayangkan kad merah pada minit-minit terakhir perlawanan akibat kelakuan beliau di kawasan teknikal pasukan Vietnam.
Damian Van Rensburg, penolong jurulatih penjaga gol Indonesia B-23 dilayangkan kad merah setelah dilihat mengalihkan susunan botol air di kawasan pasukan Vietnam tatkala pemain Indonesia, Robi Darwis bersedia untuk melakukan lontaran jauh ke kawasan kotak penalti pasukan Vietnam.
Tindakan ini menyebabkan rasa tidak senang barisan kejurulatihan & pemain simpanan Vietnam, lantas pengadil perlawanan melayangkan kad merah dan mengarahkan beliau untuk keluar padang.
Tindakan meletakkan botol air di kawasan lontaran Robi Darwis itu dilihat 'bijak' untuk mengganggu pasukan Indonesia untuk melakukan serangan di saat-saat akhir.
Edisi 2023 dalam kejohanan yang sama turut menyaksikan Vietnam menewaskan Indonesia di perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas terikat 0-0 dalam waktu permainan sebenar.
Vietnam melakar hatrik dengan 3 kali kejuaraan pada edisi 2022, 2023, dan 2025.