Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, berkongsikan beberapa faktor menyebabkan pasukannya menarik diri daripada kempen Piala Negara-Negara CAFA 2025.
Antaranya adalah kerana tarikh penganjuran Piala CAFA yang berada di luar jendela FIFA yang menjadi cabaran daripada sudut isu logistik, keperluan pemulihan pemain, serta implikasi terhadap bajet keseluruhan yang turut menjadi faktor penting.
"Kita memiliki pemain yang beraksi di liga terkemuka dunia seperti Sepanyol, Argentina, Colombia & Jepun. Untuk membawa mereka ke Tajikistan dalam masa yang singkat serta memastikan mereka bersedia beraksi pada tahap tertinggi adalah tidak realistik dalam jendela ini.
"Selain itu, isu logistik, keperluan pemulihan pemain, serta implikasi terhadap bajet keseluruhan turut menjadi faktor penting. Saya tidak mahu menjejaskan kebajikan serta kondisi pemain atau menyertai kejohanan dengan skuad yang tidak lengkap.
"Ini adalah satu keputusan yang tepat dan strategik. Fokus kami kini beralih sepenuhnya kepada kem latihan pada jendela September sebagai persiapan terbaik menjelang aksi penting pada Oktober dan November, perlawanan menentang Laos dan Nepal." katanya.
Selain isu pelepasan pemain, cabaran lain seperti perjalanan jarak jauh, kekangan penerbangan terhad serta keperluan mematuhi peraturan FIFA yang menetapkan rehat minimum 72 jam antara perlawanan turut membawa kesukaran tersendiri.
Keutamaan harus diberikan untuk memastikan kondisi, prestasi dan konsistensi pemain serta pasukan tidak terjejas.