Zinedine Zidane gembira dengan Rodrygo Goes dan Vinicius Junior selepas gandingan muda itu membantu Real Madrid meraih kemenangan 2-0 ke atas Osasuna, awal pagi tadi.
Vinicius membuka jaringan sebelum Rodrygo melengkapkan kemenangan dengan jaringan pertama dalam saingan LaLiga.
Zidane berpuas hati dengan impak yang dipamerkan dua bintang muda itu yang berjaya membantu Real menghuni tangga teratas liga.
"Saya sangat gembira di atas persembahan mereka. Acap kali kami lupa bahawa mereka masih lagi berusia 19 dan 18 tahun," kata Zidane.
"Kami telah menyaksikan emosi yang terpancar selepas mereka menjaringkan gol di Santiago Bernabeu. Saya benar-benar sukakan jaringan Rodrygo."
Jaringan Vinicius pula merupakan yang pertama sejak Februari lalu.
Pengendali berusia 47 tahun itu berpandangan gol tersebut penting buat Vinicius di samping memuji aksi yang dipamerkan pemain tengah, Federico Valverde.
"Saya sentiasa cuba memberikan mereka keyakinan kerana mereka masih muda. Kami sepasukan mahu meningkatkan lagi mutu permainan dan dia [Vinicius] memerlukan gol tersebut."
Real, yang bakal berdepan Atletico dalam aksi 'derby' Madrid Sabtu ini, meraih dua kemenangan berturut-turut sejak kekalahan kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), minggu lalu.
Ditanya jika Real sudah kembali, Zidane berkata, "Kami sedang berusaha dan percaya dengan apa yang kami lakukan.
"Hari ini, kami gembira atas kemenangan ini."