Skip to main content

Bola Sepak

Ibrahimovic akui kritikan Mourinho wajar

16417josemourinhozlatanibrahimovic.jpg
Penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic, berasakan Jose Mourinho patut mengkritiknya dan rakan penyerang lain di sebalik keputusan seri 1-1 menentang Anderlecht dalam Liga Europa, kelmarin.

United mempunyai beberapa peluang untuk menewaskan Anderlecht selepas jaringan pembukaan daripada Henrikh Mkhitaryan tetapi mereka gagal menjaringkan gol kedua dan akhirnya dihukum dengan gol penyamaan lewat Leander Dendoncker.

Mourinho menyasarkan kritikan kepada barisan penyerangnya selepas wisel penamat dan Ibrahimovic mengakui mereka memang sepatutnya melakukan dengan lebih baik.

"Saya fikir dia betul dalam perkara ini kerana saya tidak berasa baik ketika saya letih," kata bekas pemain antarabangsa Sweden itu.

"Tetapi ia bukan alasan kerana saya masih perlu melakukannya dengan baik, saya masih perlu melakukan lebih dan jauh lebih baik daripada apa yang dilakukan. Saya bercakap untuk diri saya dan (Anderlecht) tidak berprestasi yang baik.

"Kami mempunyai satu bulan ke depan, banyak perlawanan kami bermain. Saya telah bermain hampir kesemua perlawanan.

"Tetapi kami masih berusaha, kami masih memberi tekanan kerana kami mempunyai Liga Europa dan penghujung Liga Perdana Inggeris (EPL). Kami berjuang untuk itu."

Ibrahimovic berusaha mendapatkan kembali rentak terbaiknya apabila United menentang pendahulu EPL, Chelsea, malam ini, tetapi dia sedar mereka berdepan satu tugas yang sukar.

"Saya fikir mereka (Chelsea) adalah pasukan yang baik. Secara keseluruhan ia pasukan yang baik dan sudah tentu mereka bermain sekali seminggu yang membuatkan ia satu perbezaan juga kerana pada akhir musim ini, saya tidak tahu berapa banyak jumlah perlawanan kami tetapi saya fikir kami mempunyai lebih daripada mereka," tambahnya.

"Mereka tidak bermain di Eropah musim ini dan mereka terkeluar awal daripada Piala Liga. Tetapi mereka mempunyai pasukan yang hebat, jika tidak mereka tidak akan menjadi nombor satu.

"Saya rasa aksi liga tanpa kalah yang kami fokuskan ini tiada apa-apa. Saya lebih suka menjadi yang pertama dalam liga dan tidak mempunyai rekod ini. Rekod ini tidak memberikan kami apa-apa."

Advertisement

Must Watch Video