CHELSEA 4 TOTTENHAM HOTSPUR 2
Nemanja Matic menghidupkan semangat di Wembley dengan jaringan menakjubkan untuk memastikan Chelsea meraih kemenangan dalam aksi separuh akhir Piala FA ke atas Tottenham, namun menegaskan ia bukan jaringan terbaiknya.
Willian membuka jaringan buat Chelsea pada minit kelima sebelum Spurs menyamakan 13 minit kemudian menerusi percubaan Harry Kane.
Sebelum tamat separuh masa pertama, Willian menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti apabila Son Heung-Min membuat kekasaran di dalam kotak penalti.
Sejurus bersambung babak kedua perlawanan, Dele Alli kembali menyamakan kedudukan sebelum Hazard dan Matic memberikan kemenangan buat Chelsea.
Pemain kelahiran Serbia itu meledak jaringannya 10 minit sebelum perlawanan tamat ketika membantu skuad kendalian Antonia Conte meraih kemenangan 4-2.
"Ia merupakan jaringan yang cantik," katanya. "Tetapi saya mahu memberitahu saya sangat gembira buat pasukan saya, kami akan beraksi di final
"Ia adalah sukar untuk berdepan pasukan yang bagus. Tahniah kepada Spurs, mereka tidak berputus asa sehingga penghujung perlawanan.
"Saya sangat gembira dengan jaringan saya, tetapi ia bukanlah yang terbaik. Saya pernah menjaringkan gol yang lebih baik ketika Benfica berdepan Porto.
Chelsea dalam misi mencari dua gelaran domestik, mendahului Spurs dengan kelebihan empat mata dalam baki enam perlawanan.
"Ia merupakan satu peluang yang sangat baik beraksi di dalam stadium ini. Untuk penyokong kami, anda dapat melihat sesuatu yang istimewa.
"Keputusan ini melonjakkan semangat kami -- kini kami perlu kembali pulih sebelum menghapi perlawanan pada Selasa."