Skip to main content

Bola Sepak

Hughes: Kami gagal sempurnakan peluang

hughes-mark-stoke_3383943.jpg
STOKE CITY 1 LIVERPOOL 2

Pengendali Stoke City, Mark Hughes, menjelaskan The Potters gagal menyempurnakan peluang ketika tewas 2-1 kepada Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.


Jonathan Walters meletakkan Stoke di hadapan pada separuh masa pertama, namun gagal mempertahankan kelebihan selepas Liverpool bangkit meledak dua gol dalam separuh masa kedua untuk kehilangan tiga mata di Stadium bet365.

Hughes kecewa anak buahnya gagal menyudahkan peluang serta kegagalan jentera pertahanan untuk mengekang kemaraan dua pemain gantian, Philippe Coutinho dan Roberto Firmino.

"Kami perlu memastikan setiap peluang disempurnakan dengan jaringan gol untuk kekal di atas," kata Hughes.

"Stoke mempamerkan permainan yang mantap ketika mendahului perlawanan 1-0. Kehadiran Coutinho dan Firmino memberikan impak buat Liverpool.

"Kami gagal membaca hantaran jauh di bahagian tengah dan ia telah menghukum kami. Kami perlu memperbaiki kekurangan kami bagi membuat persiapan untuk perlawanan akan datang."

Advertisement

Must Watch Video