Skip to main content

Bola Sepak

Hojbjerg pemain menakjubkan -- Mourinho

pierre-emilehojbjerg.jpg
Jose Mourinho melabel Pierre-Emile Hojbjerg sebagai 'pemain menakjubkan' selepas Tottenham menang ke atas Arsenal semalam.

Son Heung-min dan Harry Kane bergabung untuk meledak gol untuk merekodkan kemenangan 2-0 dan kekal di puncak Liga Perdana Inggeris.



Hojbjerg, yang tiba Ogos lalu dari Southampton memainkan peranan yang penting.

Pemain tengah untuk melakukan 61 sentuhan, 44 hantaran dan 15 kali memintas bola daripada pasukan lawan.

Persembahan Hojbjerg menerima pujian daripada pengurus Spurs, Mourinho yang berkata, "Pierre adalah, pertama sekali, seorang pemain yang bijak. Dia membaca permainan dengan baik. Dia akan menjadi seorang jurulatih satu hari nanti.

"Di atas padang, dia membaca situasi dengan baik. Secara fizikal, seorang pemain yang kuat dan memiliki kemahiran teknikal dan sangat baik. Dia kerap melakukan gerakana yang mudah namun kelihatan seperti genius.

"Dia juga kelihatan bersahaja ketika mengawal bola. Dan saya berasakan dia seorang pemain yang menakjubkan. Tahniah Mr. [Daniel] Levy [Pengerusi Spurs]."
   

Advertisement

Must Watch Video