Pemain tengah Manchester United, Ander Herrera, melabel pertembungan jiran tetangga pasukannya menentang Manchester City sebagai "perlawanan terbaik musim ini".
Menjelang kunjungan ke Stadium Etihad pada Khamis ini, United berada di tangga kelima -- satu mata di belakang pesaingnya ketika perebutan tempat empat teratas semakin hebat.
Bercakap mengenai pertemuan itu, Herrera, 27, berkata ia boleh menjadi penentu bagi pasukannya, yang tidak pernah kalah dalam 23 perlawanan liga.
"Ia akan menjadi perlawanan terbaik musim ini," katanya.
"Kami satu mata di belakang mereka dan jika kami menang, kami mempunyai peluang untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas. Tetapi jika mereka menang, ia akan menjadi sangat sukar bagi kami.
"Ia akan menjadi perlawanan penting. Jika salah satu daripada kami menang, kami tidak akan tewas banyak perlawanan atau melakukan kesilapan selepas itu. Ia akan menjadi kunci.
"Kami berada dalam masa yang sangat baik, beraksi sangat baik dan kami menghormati mereka, tetapi kami melakukan banyak perkara yang baik dan kami perlu tunjukkan pada Khamis ini."
Tempoh sibuk United selepas pertembungan aksi setempat berterusan apabila menerima kunjungan Swansea City dan akan ke Celta Vigo untuk perlawanan pertama separuh akhir Liga Europa.
Herrera, yang tidak sabar untuk perlawanan peringkat empat pasukan terbaik, pernah menjadi sebahagian daripada pasukan Athletic Bilbao yang ditewaskan Atletico Madrid dalam aksi final 2012.
"Kami juga mempunyai Liga Europa, yang merupakan pertandingan yang membuatkan saya sangat teruja kerana saya tewas dalam perlawanan akhir dan saya ingin turun memberikan segala-galanya," katanya.
"Oleh itu, mudah-mudahan kami juga boleh berjuang untuk gelaran itu, tetapi saya tahu Celta Vigo sangat baik. Mereka sebuah pasukan yang hebat."