EPL
Harry Maguire pasrah lilitan ketua pasukan dilucutkan
Harry Maguire mengesahkan bahawa dia bukan lagi ketua pasukan Manchester United selepas perbincangan dengan pengurus, Erik ten Hag.
Awal bulan ini, Ten Hag dilaporkan bersedia untuk mengeluarkan Maguire daripada peranan itu selepas penampilan terhad pertahanan England itu di bawah pengurus Belanda berkenaan musim lalu.
Pertahanan tengah itu hanya membuat lapan permulaan Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus membawa kepada spekulasi berterusan mengenai masa depannya di Old Trafford.
Iklan
Maguire menulis di Twitter: “Selepas berbincang dengan pengurus hari ini dia telah memaklumkan kepada saya bahawa dia akan menukar kapten.
“Dia menyatakan alasannya kepada saya dan walaupun secara peribadi saya sangat kecewa, saya akan terus memberikan segalanya setiap kali saya menyarung jersi ini.
After discussions with the manager today he has informed me he is changing captain. He outlined his reasons to me and whilst I’m personally extremely disappointed, I will continue to give my all every time I wear the shirt.So I wanted to say a massive thank you to the… pic.twitter.com/TAOS0eisF1— Harry Maguire (@HarryMaguire93) July 16, 2023
“Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyokong Manchester United atas segala sokongan hebat yang mereka berikan ketika saya memakai lilitan itu.
“Sejak hari saya memegang peranan itu tiga setengah tahun lalu, ia merupakan satu keistimewaan besar untuk memimpin Manchester United dan salah satu detik paling membanggakan dalam karier saya setakat ini.
“Ia merupakan satu penghormatan terbesar dalam bola sepak kelab.
"Saya telah melakukan segala yang termampu untuk membantu kejayaan United, baik di dalam dan di luar padang.
“Saya akan sentiasa berterima kasih kepada Ole Gunnar Solskjaer kerana memberi saya tanggungjawab ini terlebih dahulu dan saya berharap sesiapa yang menggalasnya akan berjaya dan mereka akan mendapat sokongan penuh saya."
Ketika Maguire tidak diturunkan musim lalu, Bruno Fernandes paling kerap dilantik sebagai kapten dan pemain tengah Portugal itu dijangka diberi peranan tetap.
Must-Watch Video