Skuad Malaysia memperbaiki ranking dunia susulan aksi cemerlang ditampilkan dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tempohari.
Skuad negara terus memperaga aksi gred 'A' selepas berjaya memenangi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei sekali gus mengungguli Kumpulan D.
Berdasarkan kutipan 15.49 mata hasil kemenangan ke atas Kyrgyzstan sebelum ini, skuad bimbingan Pan Gon berjaya mengutip 26.15 mata daripada dua aksi, Malaysia berjaya melonjak tujuh anak tangga untuk menghuni ranking ke-130 dunia.
Ranking terbaik negara adalah 75 yang dilakar pada 1993 sementara kali terakhir Malaysia berada dalam kelompok 120 terbaik dunia adalah pada 2004 (120).
Selepas ini, skuad negara akan mengharungi dua aksi persahabatan pada awal tahun depan sebelum menghadapi Piala Asia di Qatar.
Kemudian, mereka akan menyambung aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 bertemu Oman pada 21 Mac di laman lawan sebelum sekali lagi bertemu pasukan sama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Mac.