Kesuntukan masa menyaksikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan mencari pengganti kepada Hong Kong yang sepatutnya menjadi salah satu perlawanan kompetitif buat Harimau Malaya.
Di samping pertemuan kelayakan Piala Dunia 2022 /Piala Asia 2023 menentang Vietnam pada 10 Oktober ini, FAM sudah merancang dua aksi persahabatan antarabangsa.
Malaysia akan melayani Sri Lanka di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu depan, sementara skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu sepatutnya berkunjung ke Hong Kong, 15 Oktober ini.
Bagaimanapun, Malaysia dan Hong Kong gagal mencapai kata sepakat susulan kegusaran FAM dengan faktor keselamatan pasukan dan penyokong berikutan pergolakan politik di negara itu.
"Inisiatif utama kami adalah untuk menjemput Hong Kong datang ke sini tetapi mereka macam tidak berminat.
"Biarlah di sana kami tiada perlawanan tetapi kami akan menentang Sri Lanka sebagai persiapan.
"Walaupun (sepatutnya) ada satu lagi perlawanan (yang sudah diaturkan berjumpa) Hong Kong, kami mungkin tidak mempunyai pasukan gantian," kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, selepas Mesyuarat Badan Pertubuhan Pelesenan Kelab FAM di Shah Alam, semalam.
Dalam masa sama, badan induk itu akan mengkaji keputusan sama ada untuk menghantar jaringan "rabona" pemain PKNP FC, Yashir Pinto, ketika menentang Kedah dalam pertemuan pertama suku akhir Piala Malaysia, Rabu lalu untuk dicalonkan dalam Anugerah Puskas.
"FAM mempunyai jawatankuasa teknikal yang akan mempertimbangkan gol itu.
"Kami tidak akan tergesa-gesa, lagipun Anugerah Puskas baru habis dan masih ada tempoh setahun lagi (untuk buat pertimbangan).
"Kalau kami berminat, kami akan meminta kebenaran daripada pemain tersebut dan PKNP FC untuk kami menghantar pencalonan."