LIGA INGGERIS
Harapan Arsenal beraksi dalam UCL musim depan terus terjejas
CRYSTAL PALACE 3 ARSENAL 0
Arsene Wenger kecewa kerana harapan Arsenal untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin terjejas apabila mereka tewas 3-0 kepada Crystal Palace, awal pagi tadi.
Ia kekalahan keempat berturut-turut di laman lawan -- pertama kali Wenger terpaksa mengharunginya dan Arsenal ketinggalan tujuh mata kepada penghuni tangga keempat, Manchester City dalam persaingan untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL).
Iklan
Jaringan Andros Townsend, Yohan Cabaye dan sepakan penalti Luka Milivojevic menghukum Arsenal. Hanya West Ham, Sunderland dan Middlesbrough adalah pasukan yang mengutip mata kurang daripada Arsenal dalam lapan perlawanan.
"Penyokong-penyokong kami tidak gembira dan mereka berharap untuk kami melakar kemenangan," kata Wenger.
"Setiap kekalahan adalah kebimbangan buat kami. Saya telah mengendalikan 1,000 perlawanan dan kami tidak biasa mengharungi saat ini. Kami perlu bangkit daripada apa yang telah berlaku.
Skuad pimpinan Wenger gagal melakukan percubaan tepat ke arah pintu gol The Eagles dalam separuh masa kedua dan Wenger berasakan kegagalan pemain-pemain mengawal permainan adalah punca kekalahan dalam perlawanan ini.
"Saya berasakan kami telah menghasilkan situasi yang sukar untuk menjaringkan gol tetapi ia telah mendedahkan barisan pertahanan kami.
"Palace bermain dengan lebih baik daripada kami dalam separuh masa kedua dan sepakan penalti Milivojevic mematikan perlawanan ini."
Must-Watch Video