Skip to main content

Bola Sepak

Haqimi Azim digugur dari skuad kebangsaan, kata Kim Pan-gon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kim-pan-gon.jpg
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, terpaksa menggugurkan pemain Kuala Lumpur City, Hakimi Azim Rosli ekoran tidak cergas.

Ia dijelaskan Pan-gon dalam sesi latihan hari pertama skuad kebangsaan di Stadium Sultan Mizan di mana Malaysia bakal melayan kunjungan dua pasukan Oceana iaitu Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea. 

Selepas mempamerkan aksi memberangsangkan di pentas Piala AFF tempoh hari, kelibat Haqimi Azim mendapat perhatian Pan-gon.

Namun sayangnya kondisi semasa Hakimi tidak berada di kecergasan terbaik membuatkan Pan-gon terpaksa mengetepikan pemain itu daripada senarai 27 pemain.

Pan-gon bagaimanapun tidak memdedahkan lagi siapa pengganti Hakimi walaupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah meletakkan seramai 24 pemain dalam senarai menunggu ketika ini.

"Sehingga malam semalam kami memantau Haqimi, namun tidak nampak peningkatan.

"Jadi saya fikir atas sebab rawatan perubatan dia digugurkan daripada pasukan. Setakat ini, semua orang (pemain lain) dalam keadaan baik,” katanya pada sidang media sebelum sesi latihan hari pertama kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di SSMZA petang tadi.

Pan-gon menegaskan banyak perkara yang perlu segera diatasi anak buahnya dalam dua siri persahabatan antarabangsa membabitkan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea yang memiliki dua prestasi berbeza terutama daripada segi ranking.

"Pada permulaan tahun ini, kami sentiasa menetapkan aksi persahabatan beraksi dengan lawan di ranking lebih baik daripada kami kerana ia akan meningkatkan tahap keyakinan pasukan."

Sementara itu, kembali mendapat slot dalam panggilan skuad kebangsaan, Arif Aiman Hanapi, selepas namanya tiada dalam radar pasukan ketika saingan Piala AFF tempoh hari.

Arif bagaimanapun tidak meletakkan perkara itu sebagai peluang automatik untuk dia membarisi senarai akhir Piala Asia sebaliknya menjelaskan jalan pintas adalah mustahil. 

"Saya perlu memberikan yang terbaik bersama skuad kebangsaan, masih terdapat banyak persaingan untuk mendapatkan tempat dan menetapkan tumpuan untuk terus meningkatkan lagi mutu permainan saya" kata Arif.
 

Advertisement

Must Watch Video