BOLA SEPAK MSIA
Hamidin impikan skuad B-23 layak ke Sukan Olimpik Paris
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, menaruh harapan tinggi untuk melihat skuad B-23 negara layak ke Sukan Olimpik Paris tahun depan.
Hamidin seolah-olah mahu melontarkan cabaran kepada skuad B-23 kendalian Juan Torres Garrido itu sambil mengakui pihaknya perlu mengadakan pertemuan awal dengan pemain dalam usaha memberi kesedaran bahawa mereka berpeluang ke temasya Olimpik Paris meskipun ramai akan beranggapan ia adalah mustahil.
Selaku chief-de-mission (CDM) ke Paris kelak dengan kapasiti Presiden FAM, Hamidin memasang angan-angan untuk melihat skuad remaja negara menyerlah dalam Piala Asia B-23 di Qatar, April depan.
Iklan
Bukan sahaja bola sepak malah hoki, terjun dan badminton antara sukan yang akan melewati kelayakan akhir tahun depan.
"Anda boleh ketawakan (impian) saya tapi sebagai presiden dan saya sudah pesan kepada jurulatih bahawa kami mesti berusaha dengan maksimum.
"Kami cuba layak ke suku akhir sebab saya tahu memang sukar kerana tiga pasukan dalam separuh akhir sahaja yang akan layak.
"Saya tahu Jepun dan Korea Selatan merupakan halangan terbesar dengan dibarisi tonggak Piala Dunia tetapi satu slot lagi kami perlu menghadapi pasukan dari Afrika tapi prinsip saya adalah kami mesti berusaha," katanya semalam.
Kali terakhir bola sepak Malaysia layak ke Olimpik adalah pada 1980 tetapi menarik diri atas dasar pendirian kerajaan berhubung isu antarabangsa.
Must-Watch Video